Tafsir Mimpi Berbogel


Kepada semua pembaca blog ceritakhaty, katy nak ucapkan jutaan terima kasih, hari ini katy ada terbaca satu cerita, cerita ini katy dapat dari rakan group facebook katy iaitu facebook Al-Azhar  members Alam.. pertama sekali katy nak tegur kepada sesiapa yang baca tajuk entry katy kali ini, tajuk agak menggelikan tapi kamu kena baca dulu baru tau.. 
     siapa kenal Sheikh Ahmad Sudais ? ok bagi siapa yang tidak kenal beliau, beliau ialah imam besar masjid Mekah. Pada suatu hari beliau dijemput ke salah satu stesyen radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal-hal agama. Terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para   pendengar radio untuk menelifon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
                 
      ketika tengah rancak berkumandang diudara, pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio.
Pendengar : Assalamualaikum, izinkan ana bertanya soalan?
Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.
Pendengar : ana ingin bertanyakan mengenai tafsiran mimpi.
Sheikh Sudais : maaf ana kurang arif  mengenai ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin ana boleh membantu dengan beberapa hadith sahih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith-hadith lain, atau juga ana bertanyakan kepada kenalan ana yang lebih memahami.
Pendengar : ana bermimpikan  seseorang yang   dalam keadaan  bogel   mengelilingi (tawaf) kaabah tanpa perasaan malu, apakah maksudnya Sheikh?
Sheikh Sudais : Masyaallah................ masyaallah........, yang ini ana tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosa-dosanya oleh Allah, umpama bayi yang baru lahir.
Pendengar : bolehkah ana memeberitahu khabar gembira ini pada beliau?
Sheikh Sudais : sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.
Pendengar : lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri.
Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan Sheikh. Subhanaallah..!


TERIMA ^_^ KASIH

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com