Kek Coklat Kukus Van Houten


okay.. di masa yang lapang ni.. katy nak share sikit lah dekat korang.. semalam katy ada try buat kek coklat kukus.. hummm sedap tau.. kalau nak try, buat sendiri.. heheheh
meh sini katy ajarin dong,,*ops ngomong endon plak.. sory katy tak ada kena mengena ngan endon k..tapi suka tengok drama endon.. yg keje asik nak nangis jek..

pertama sekali korang kena sediakan bahan-bahan ni..
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak dan esen vanila
- 1 kotak susu coklat 
- 2 biji telur
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 butter
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh bikin powder
- 1/4 cawan serbuk koko van houten *kalau nak tukar serbuk koko pun boleh..

Di bawah ni bahan untuk buat toppingnya ok!
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar susu segar
- 4 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan koko

ok lepas tu katy nak terangkan pulak cara-cara membuatnya..
1. Korang sediakan mangkuk dan isi kan telur, butter dan esen vanila. kemudian korang pukul bahan tadi sampai kembang.
2. Sediakan mangkuk lain untuk di ayak tepung, serbuk koko korang dan juga bikin powder.
3. Lepas tu korang masukkan bahan yang di ayak tadi ke dalam adunan telu yang telah dipukul tadi. Kalau nak sebati dengan cepat korang kena masukkan sedikit demi sedikit, jangan masukkan semua, nanti jadi lambat dan pada masa yang sama juga korang adun guna mesin buat kek tu..
4. Masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak dan gaul sehingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali korang masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan minyak atau mejerin lepas tu tutup dengan aluminium foil..dan kukus selama 45 minit.
6. Dah masak korang sejukkan tau..

katy nak terangkan cara nak buat toppingnya pula.
1. Korang sediakan mangkuk.
2. campurkan butter, susu segar, susu pekat dan juga koko dan gaulkan.
3. panaskan kuali dan masak semua bahan tadi dengan api yang kuat sehingga menjadi pekat. 
4. Curahkan coklat panas tadi ke atas kek yang telah disejukkan tadi dan hiaskan mengikut citarasa anda.. 
5. Kemudian sejukkan semula.
6. Selepas disejukkan, potong kek terebut dan hidangkan..

S e l a m a t  ^_^  M e n c u b a


TERIMA ^_^ KASIH

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com