For Healthly


Tadi pagi katy ada tonton rancangan primadona @ astro ria, 
Ending rancangan tu, primadona ada bawa tetamu khas diorang yang bernama kevin zahri, 
Mula-mula katy fikir kavin ni non muslim, setelah dia bagi salam dekat 4 wanita depan dia tu, baru katy tau yang dia tu muslim,
Ok, tak kisah lah dia muslim or non muslim, 
apa yang penting kita nak tau apa motif Kevin datang ke primadona tu kan..
Kevin datang kesana sebab ingin share tentang cara penjagaan kesihatan yang sesuai untuk kita tak kira muda, tua, remaja atau wargamas sekali pun, 
kesemuanya memerlukan kesihatan dalam kehidupan seharian,
Bagi korang yang gemuk or rasa tak sedap badan disebab kan badan berat, susah nak berjalan, malas dan sebagainya, 
Katy rasa better korang belajar lah dari laman web si Kevin ni, www.kevinzahri.com ha kat sini lah yang katy dapat belajar pelbagai tips untuk menjaga badan kita. Kevin Zahri ni memang best, banyak info menarik dan sangat sesuai untu kita, 
Lepas ni katy nak jadikan dia sebagai coach alam maya katy, hehehe nak jumpa dah la susah.. so alam maya jek la..
Tadi katy ada terdengar tau, kevin bagitahu dekat primadona, kalau kita nak bakar lemak, kita perlu membuang 7700kcal untuk 1kg. 
Huh nampak susah, tapi kita cuba dulu, manalah tahu lepas ni hari-hari kita boleh buat, yang penting kan kawan-kawan kita mesti berdisiplin, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.. betul kan? Ok lah selamat mencuba..


TERIMA ^_^ KASIH

Keredhaan Ku


Salam ukhwah.. dah lama sangat katy x update blog, apa lah guna ada blog tapi tak reti nak update kan? 
Hari ni katy nak cerita sikit.. benda ni nak kata lama tak ada lah lama mana pun, tapi katy nak ceritakan benda ni kena makan masa sikit, selepas betul-betul hilang sebak di dada barulah katy nak bercerita. Walaupun katy tengah cerita sekarang, sebab didada ni masih ada lagi..
Suatu pagi tanggal 2 march 2013, yang katy rasa baru sesaat pergi,
Katy dikejutkan oleh anak buah katy lebih kurang jam 6.30a.m, diorang masuk kedalam bilik katy yang sewaktu itu katy tengah nyenyak tidur,
Kedengaran suara "kakak kejutkan lah moksu, kita x sampi hatilah" kata Efa yang merupakan sepupu kepada Aisyah, kedua-dua ini adalah anak sedara katy, 
Katy tersadar sikit tapi mata ini susah nak buka, 
Tiba-tiba ada tepukan di badan katy yang bertalu-talu, "moksu, moksu, bangunlah.." kejut Aisyah.. "ada apa...." sambut katy dengan suara yang sangat malas, siapa yang suka kalau digangu tidur kan? 
"ATUK dan meninggal.." kata Aisyah.
"Innalillah wainnailahirajiun" masa tu katy rasa macam dah bernyawa sekejap, hanya Allah je yang tahu perassan katy masa tu.
padahal malam tu katy baru lepas call ibu, ibu mengatakan yang ayah sihat dan dalamkeadaan baik, hari sebelum itu juga hati katy memang nak balik kampung, tapi ibu tak bagi, sebab waktu itu tengah kesempitan wang, kalau katy balik memang ada duit, tapi kalau nak balik ke kolej balik takut tak cukup duit, dengan keadaan ayah yang sakit lagi, so katy berdoa sajalah agar ayah cepat sembuh. Selepas dapat berita itu, dengan keadaan yang tersedu sedan katy terus salin baju, dapatkan beg, dan capai barang yang penting dan terus gerak balik johor bersama akak katy yang tinggal tidak jauh dari KUIS.. abang ipar katy tekan minyak selaju yang boleh untuk cepat sampai kerumah, lebih kurang pukul 11 kami sampai ke tanah perkuburan, hati katy sangat sebak sebab tidak dapat cium jenazah ayah, Alhamdulillah katy hanya dapat tengok wajah ayah yang kelihatan sedang tidur hati katy terus menjadi tenang. Yang paling sedih ialah pada abang katy yang kerja di tengah laut di terengganu kerana dia sampai petang dan tak dapat melihat wajah ayah yang terakhir. Apa-apa pun katy redha dengan pemergian ayah untuk mengadap Ilahi, semoga roh ayah dicucuri rahmat amin....


TERIMA ^_^ KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com