Tips for adik-adik SPM


 
 


 Dimulakan dengan Bismillah..... huh... apa2 pun kita kena mulakan dengan Bismillah... yang membawa maksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, mudah-mudahan apa yang kita buat penuh dengan keberkatan dan kasih sayang Allah. Hah! petang ni katy rasa tetiba je nak update blog untuk adik-adik yang akan menduduki SPM esok,, huhhuhuhu katy pulak yang rasa nebes! maklum la katy ni mok su daripada 3 orang anak buah yang juga akan menduduki spm esok, sebelum tu katy nak wish sikit la kat good luck n do the best on your paper for adik-adik yang nak menjawab kertas exam esok, tak lupa juga for my niece n nephew
Idzham B. Ahamad
Syafiqah Bt Tuah
Siti Aisyah Bt Khairol Nizam
* mok su doakan korang yang terbaik untuk korang, spm for masa depan korang, buat yang terbaik, mok su sayang korang..... ummm... ummm.... ummmm... (nada nangis)

ukhm.... ukhm.... huh kembali macho balik... ok sambung balik... ok untuk adik-adik n anak buah moksu jangan lupa ikut tips dibawah ini ok.. insya'Allah dapat jawab exam dengan tenang..
1. Tidur - tidur korang mesti kena cukup, jangan tak cukup tidur, nanti dalam dewan exam susah nak focus, mengantuk la tu la ni la,, macam-macam alasan lepas tu menjawab soalan pun entah pape jek yang korang tulis nanti. *esok ada paper, malam tu korang tak yah lah nak study, nak study waktu petang tu, set time, pukul 10 terus tidur..
2. Solat Hajat - hah.. dah ikut step pertama tidur pukul 10 kan, eh.. eh.. pukul 3 boleh tersadar pulak.. Alhamdulillah... time ni la korang melakukan solat hajat n solat tahajud.. berdoa agar soalan korang dipermudahkan.. amin! lepas tu korang nak sambung study sambung lah, tapi jangan terlampau banyak sangat, just imbas-imbas kembali jek kenangan dalam buku tu.. jangan imbas kenangan bercinta pulak, ish.. time nak exam pun sebok teringat kenangan lama...
3. Sarapan - Hah! adik-adik ku sayang, sarapan adalah WAJIB.. jangan tak sarapan, bagi yang tak biasa sarapan jangan terlalu banyak makan, just minum susu segelas dah cukup memadai dah tu. siapa yang tak minum susu minum lah air lain. kopi ke, nescafe ke, supaya mata korang tak ngantuk, makan sekeping dua biskut or roti.. *minggu exam, elakkan makan makanan yang berajinamoto, jangan makan maggie, jajan dan sebagainya, benda ni semua main peranan untuk otak kalian..
4. Salam Ibu Bapa - penting-penting!! sebelum ke sekolah, minta maaf dengan parents korang, mintak halal makan minum, "kak katy, pikir nak mati ke apa?" oit bukan nak mati jek dik, tapi kalau boleh always kita kena buat macam ni, kita mati bukan kita tau pun, tu semua ketentuan tuhan... mintak parent korang doakan korang tenang dalam dewan exam.
5. Jangan Baca Buku Last minute - ni pun penting tau, lagi berapa minit nak masuk dewan exam, time tulah gelojoh nak baca buku, jangan-jangan!! jangan amalkan, korang akan menganggu kawan-kawan yang lain tau.. elok-elok kawan-kawan korang dah ready nak jawab exam, tiba-tiba dia nampak korang baca bab lain, dah diorang rasa ketinggalan n than diorang cari buku n nak baca bab yang korang baca tadi.. kan dah jadi kacau bilau...
6. Baca Doa sebelum Masuk Dewan.
7. Langkah kaki Kanan semasa Masuk Dewan.
Benda ni semua katy dah lalui, so tak ada masalah bagi katy, sebelum tu katu terlupa satu perkara, korang jangan lupa bermaaf-maafan dengan kawan-kawan, guru-guru, dan orang sekeliling, jangan lupa minta sekali mereka untuk mendoakan kamu, mudah-mudahan doa mereka di makbulkan Allah... 
Khaty Doakan Semoga Korang Berjaya Jawab SPM tahun ni,
Amin Ya'Allah.. mohon doa korang untuk Doakan khaty jugak ok..
Amin...Amin...Amin... Ya Rabb..


TERIMA ^_^ KASIH

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com