Kek Coklat Kukus Van Houten


okay.. di masa yang lapang ni.. katy nak share sikit lah dekat korang.. semalam katy ada try buat kek coklat kukus.. hummm sedap tau.. kalau nak try, buat sendiri.. heheheh
meh sini katy ajarin dong,,*ops ngomong endon plak.. sory katy tak ada kena mengena ngan endon k..tapi suka tengok drama endon.. yg keje asik nak nangis jek..

pertama sekali korang kena sediakan bahan-bahan ni..
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak dan esen vanila
- 1 kotak susu coklat 
- 2 biji telur
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 butter
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh bikin powder
- 1/4 cawan serbuk koko van houten *kalau nak tukar serbuk koko pun boleh..

Di bawah ni bahan untuk buat toppingnya ok!
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar susu segar
- 4 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan koko

ok lepas tu katy nak terangkan pulak cara-cara membuatnya..
1. Korang sediakan mangkuk dan isi kan telur, butter dan esen vanila. kemudian korang pukul bahan tadi sampai kembang.
2. Sediakan mangkuk lain untuk di ayak tepung, serbuk koko korang dan juga bikin powder.
3. Lepas tu korang masukkan bahan yang di ayak tadi ke dalam adunan telu yang telah dipukul tadi. Kalau nak sebati dengan cepat korang kena masukkan sedikit demi sedikit, jangan masukkan semua, nanti jadi lambat dan pada masa yang sama juga korang adun guna mesin buat kek tu..
4. Masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak dan gaul sehingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali korang masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan minyak atau mejerin lepas tu tutup dengan aluminium foil..dan kukus selama 45 minit.
6. Dah masak korang sejukkan tau..

katy nak terangkan cara nak buat toppingnya pula.
1. Korang sediakan mangkuk.
2. campurkan butter, susu segar, susu pekat dan juga koko dan gaulkan.
3. panaskan kuali dan masak semua bahan tadi dengan api yang kuat sehingga menjadi pekat. 
4. Curahkan coklat panas tadi ke atas kek yang telah disejukkan tadi dan hiaskan mengikut citarasa anda.. 
5. Kemudian sejukkan semula.
6. Selepas disejukkan, potong kek terebut dan hidangkan..

S e l a m a t  ^_^  M e n c u b a


TERIMA ^_^ KASIH

Cara nak buat tulisan Biru di FB



Hari katy tetiba jek rasa nak buat tutorial, first time ni, rasa nebes plak, takut-takut korang tak suka, ok tutorial yang first ni katy nak share macam mana cara nak buat tulisan biru dekat facebook.. korang tau kan? apa yang katy maksud kan tu.. alahai.. macam picture yang kat bawa ni, tengok lah, tengok lah.. tu pun kalau sudi la kan..


okey, korang dah tengok and paham apa yang katy maksudkan dengan tulisan BIRU tu kan..
kalau korang nak tau.. cara dia begini...

korang copy kod yang kat bawah ni..
@@[0:[0:4:tulisan korang]]
 warna merah : korang tulisan apa yang korang nak post kan tuh,..
hehehehe senangkan..

~S e l a m a t  M e n c u b a~


TERIMA ^_^ KASIH

Tips for adik-adik SPM


 
 


 Dimulakan dengan Bismillah..... huh... apa2 pun kita kena mulakan dengan Bismillah... yang membawa maksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, mudah-mudahan apa yang kita buat penuh dengan keberkatan dan kasih sayang Allah. Hah! petang ni katy rasa tetiba je nak update blog untuk adik-adik yang akan menduduki SPM esok,, huhhuhuhu katy pulak yang rasa nebes! maklum la katy ni mok su daripada 3 orang anak buah yang juga akan menduduki spm esok, sebelum tu katy nak wish sikit la kat good luck n do the best on your paper for adik-adik yang nak menjawab kertas exam esok, tak lupa juga for my niece n nephew
Idzham B. Ahamad
Syafiqah Bt Tuah
Siti Aisyah Bt Khairol Nizam
* mok su doakan korang yang terbaik untuk korang, spm for masa depan korang, buat yang terbaik, mok su sayang korang..... ummm... ummm.... ummmm... (nada nangis)

ukhm.... ukhm.... huh kembali macho balik... ok sambung balik... ok untuk adik-adik n anak buah moksu jangan lupa ikut tips dibawah ini ok.. insya'Allah dapat jawab exam dengan tenang..
1. Tidur - tidur korang mesti kena cukup, jangan tak cukup tidur, nanti dalam dewan exam susah nak focus, mengantuk la tu la ni la,, macam-macam alasan lepas tu menjawab soalan pun entah pape jek yang korang tulis nanti. *esok ada paper, malam tu korang tak yah lah nak study, nak study waktu petang tu, set time, pukul 10 terus tidur..
2. Solat Hajat - hah.. dah ikut step pertama tidur pukul 10 kan, eh.. eh.. pukul 3 boleh tersadar pulak.. Alhamdulillah... time ni la korang melakukan solat hajat n solat tahajud.. berdoa agar soalan korang dipermudahkan.. amin! lepas tu korang nak sambung study sambung lah, tapi jangan terlampau banyak sangat, just imbas-imbas kembali jek kenangan dalam buku tu.. jangan imbas kenangan bercinta pulak, ish.. time nak exam pun sebok teringat kenangan lama...
3. Sarapan - Hah! adik-adik ku sayang, sarapan adalah WAJIB.. jangan tak sarapan, bagi yang tak biasa sarapan jangan terlalu banyak makan, just minum susu segelas dah cukup memadai dah tu. siapa yang tak minum susu minum lah air lain. kopi ke, nescafe ke, supaya mata korang tak ngantuk, makan sekeping dua biskut or roti.. *minggu exam, elakkan makan makanan yang berajinamoto, jangan makan maggie, jajan dan sebagainya, benda ni semua main peranan untuk otak kalian..
4. Salam Ibu Bapa - penting-penting!! sebelum ke sekolah, minta maaf dengan parents korang, mintak halal makan minum, "kak katy, pikir nak mati ke apa?" oit bukan nak mati jek dik, tapi kalau boleh always kita kena buat macam ni, kita mati bukan kita tau pun, tu semua ketentuan tuhan... mintak parent korang doakan korang tenang dalam dewan exam.
5. Jangan Baca Buku Last minute - ni pun penting tau, lagi berapa minit nak masuk dewan exam, time tulah gelojoh nak baca buku, jangan-jangan!! jangan amalkan, korang akan menganggu kawan-kawan yang lain tau.. elok-elok kawan-kawan korang dah ready nak jawab exam, tiba-tiba dia nampak korang baca bab lain, dah diorang rasa ketinggalan n than diorang cari buku n nak baca bab yang korang baca tadi.. kan dah jadi kacau bilau...
6. Baca Doa sebelum Masuk Dewan.
7. Langkah kaki Kanan semasa Masuk Dewan.
Benda ni semua katy dah lalui, so tak ada masalah bagi katy, sebelum tu katu terlupa satu perkara, korang jangan lupa bermaaf-maafan dengan kawan-kawan, guru-guru, dan orang sekeliling, jangan lupa minta sekali mereka untuk mendoakan kamu, mudah-mudahan doa mereka di makbulkan Allah... 
Khaty Doakan Semoga Korang Berjaya Jawab SPM tahun ni,
Amin Ya'Allah.. mohon doa korang untuk Doakan khaty jugak ok..
Amin...Amin...Amin... Ya Rabb..


TERIMA ^_^ KASIH

Ketika Merindui Seseorang




Tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, minit ini, saat ini, detik ini, oooo penatnya.. semuanya ini ini la kan, ramai dikalangan manusia yang bercinta, betul tak? ops bukan stakat ramai tapi katy rasa yang hidup di dunia ini semuanya dilamun cinta dan rindu. Tetapi korang tahu ke cinta tu apa? rindu tu apa?  ada sesetengah berpendapat cinta itu timbul tetiba saja dalam perkenalan antara manusia sesama manusia.. rindu pula, kalau dah bercinta mesti ada rindu.. 


     Cinta is anugerah Allah, anugerah yang trindah, sama ada kita mempunyai cinta itu selepas kahwin atau pun sebelum berkahwin, bagi sesiapa yang sedang bercinta, katy nasihatkan bercintalah ke jalan Allah, mudah-mudahan cinta kalian sampai ke syurga.
      Tips untuk bercinta, bagi yang confius dalam memilih pasangan, buatlah solat hajat dan solat istikharah, mudah-mudahan Allah memaqbulkan doa kamu, dan jangan lupa untuk membaca al-Quran. Insya'Alah, Allah mempermudahkan urusan kamu. Bagi pasangan yang rindu ketika bercinta, ramai yang melakukan seperti situsi berikut:
Situasi 1 :
> Rindukan kekasih   -   baca text dia yang lama-lama   -   tengok gambar dia   -   teringan kenangan dengan dia   -   masuk bilik   -   baring   -   akhirnya mengalirkan air mata.
Situasi 2 :
> Rindukan kekasih   -   baca al-Quran   -   teringat dosa-dosa lama   -   solat taubat dan hajat   -   berdoa dan sujud akhir lama-lama   -   akhirnya mengalirkan air mata.
yang manakah korang nak pilih, mesti korang nak pilih yang keduakan, ok kalau nak pilih yang kedua kena lakukan, jangan pakai pilih tapi tak buat. cuba lah okeyh, katy pun tengah mencuba ni..


TERIMA ^_^ KASIH

Tafsir Mimpi Berbogel


Kepada semua pembaca blog ceritakhaty, katy nak ucapkan jutaan terima kasih, hari ini katy ada terbaca satu cerita, cerita ini katy dapat dari rakan group facebook katy iaitu facebook Al-Azhar  members Alam.. pertama sekali katy nak tegur kepada sesiapa yang baca tajuk entry katy kali ini, tajuk agak menggelikan tapi kamu kena baca dulu baru tau.. 
     siapa kenal Sheikh Ahmad Sudais ? ok bagi siapa yang tidak kenal beliau, beliau ialah imam besar masjid Mekah. Pada suatu hari beliau dijemput ke salah satu stesyen radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal-hal agama. Terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para   pendengar radio untuk menelifon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
                 
      ketika tengah rancak berkumandang diudara, pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio.
Pendengar : Assalamualaikum, izinkan ana bertanya soalan?
Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.
Pendengar : ana ingin bertanyakan mengenai tafsiran mimpi.
Sheikh Sudais : maaf ana kurang arif  mengenai ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin ana boleh membantu dengan beberapa hadith sahih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith-hadith lain, atau juga ana bertanyakan kepada kenalan ana yang lebih memahami.
Pendengar : ana bermimpikan  seseorang yang   dalam keadaan  bogel   mengelilingi (tawaf) kaabah tanpa perasaan malu, apakah maksudnya Sheikh?
Sheikh Sudais : Masyaallah................ masyaallah........, yang ini ana tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosa-dosanya oleh Allah, umpama bayi yang baru lahir.
Pendengar : bolehkah ana memeberitahu khabar gembira ini pada beliau?
Sheikh Sudais : sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.
Pendengar : lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri.
Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan Sheikh. Subhanaallah..!


TERIMA ^_^ KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com