Kek Coklat Kukus Van Houten


okay.. di masa yang lapang ni.. katy nak share sikit lah dekat korang.. semalam katy ada try buat kek coklat kukus.. hummm sedap tau.. kalau nak try, buat sendiri.. heheheh
meh sini katy ajarin dong,,*ops ngomong endon plak.. sory katy tak ada kena mengena ngan endon k..tapi suka tengok drama endon.. yg keje asik nak nangis jek..

pertama sekali korang kena sediakan bahan-bahan ni..
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan minyak masak dan esen vanila
- 1 kotak susu coklat 
- 2 biji telur
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/2 butter
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh bikin powder
- 1/4 cawan serbuk koko van houten *kalau nak tukar serbuk koko pun boleh..

Di bawah ni bahan untuk buat toppingnya ok!
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar susu segar
- 4 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan koko

ok lepas tu katy nak terangkan pulak cara-cara membuatnya..
1. Korang sediakan mangkuk dan isi kan telur, butter dan esen vanila. kemudian korang pukul bahan tadi sampai kembang.
2. Sediakan mangkuk lain untuk di ayak tepung, serbuk koko korang dan juga bikin powder.
3. Lepas tu korang masukkan bahan yang di ayak tadi ke dalam adunan telu yang telah dipukul tadi. Kalau nak sebati dengan cepat korang kena masukkan sedikit demi sedikit, jangan masukkan semua, nanti jadi lambat dan pada masa yang sama juga korang adun guna mesin buat kek tu..
4. Masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak dan gaul sehingga semuanya sebati.
5. Akhir sekali korang masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan minyak atau mejerin lepas tu tutup dengan aluminium foil..dan kukus selama 45 minit.
6. Dah masak korang sejukkan tau..

katy nak terangkan cara nak buat toppingnya pula.
1. Korang sediakan mangkuk.
2. campurkan butter, susu segar, susu pekat dan juga koko dan gaulkan.
3. panaskan kuali dan masak semua bahan tadi dengan api yang kuat sehingga menjadi pekat. 
4. Curahkan coklat panas tadi ke atas kek yang telah disejukkan tadi dan hiaskan mengikut citarasa anda.. 
5. Kemudian sejukkan semula.
6. Selepas disejukkan, potong kek terebut dan hidangkan..

S e l a m a t  ^_^  M e n c u b a


TERIMA ^_^ KASIH

Cara nak buat tulisan Biru di FB



Hari katy tetiba jek rasa nak buat tutorial, first time ni, rasa nebes plak, takut-takut korang tak suka, ok tutorial yang first ni katy nak share macam mana cara nak buat tulisan biru dekat facebook.. korang tau kan? apa yang katy maksud kan tu.. alahai.. macam picture yang kat bawa ni, tengok lah, tengok lah.. tu pun kalau sudi la kan..


okey, korang dah tengok and paham apa yang katy maksudkan dengan tulisan BIRU tu kan..
kalau korang nak tau.. cara dia begini...

korang copy kod yang kat bawah ni..
@@[0:[0:4:tulisan korang]]
 warna merah : korang tulisan apa yang korang nak post kan tuh,..
hehehehe senangkan..

~S e l a m a t  M e n c u b a~


TERIMA ^_^ KASIH

Tips for adik-adik SPM


 
 


 Dimulakan dengan Bismillah..... huh... apa2 pun kita kena mulakan dengan Bismillah... yang membawa maksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, mudah-mudahan apa yang kita buat penuh dengan keberkatan dan kasih sayang Allah. Hah! petang ni katy rasa tetiba je nak update blog untuk adik-adik yang akan menduduki SPM esok,, huhhuhuhu katy pulak yang rasa nebes! maklum la katy ni mok su daripada 3 orang anak buah yang juga akan menduduki spm esok, sebelum tu katy nak wish sikit la kat good luck n do the best on your paper for adik-adik yang nak menjawab kertas exam esok, tak lupa juga for my niece n nephew
Idzham B. Ahamad
Syafiqah Bt Tuah
Siti Aisyah Bt Khairol Nizam
* mok su doakan korang yang terbaik untuk korang, spm for masa depan korang, buat yang terbaik, mok su sayang korang..... ummm... ummm.... ummmm... (nada nangis)

ukhm.... ukhm.... huh kembali macho balik... ok sambung balik... ok untuk adik-adik n anak buah moksu jangan lupa ikut tips dibawah ini ok.. insya'Allah dapat jawab exam dengan tenang..
1. Tidur - tidur korang mesti kena cukup, jangan tak cukup tidur, nanti dalam dewan exam susah nak focus, mengantuk la tu la ni la,, macam-macam alasan lepas tu menjawab soalan pun entah pape jek yang korang tulis nanti. *esok ada paper, malam tu korang tak yah lah nak study, nak study waktu petang tu, set time, pukul 10 terus tidur..
2. Solat Hajat - hah.. dah ikut step pertama tidur pukul 10 kan, eh.. eh.. pukul 3 boleh tersadar pulak.. Alhamdulillah... time ni la korang melakukan solat hajat n solat tahajud.. berdoa agar soalan korang dipermudahkan.. amin! lepas tu korang nak sambung study sambung lah, tapi jangan terlampau banyak sangat, just imbas-imbas kembali jek kenangan dalam buku tu.. jangan imbas kenangan bercinta pulak, ish.. time nak exam pun sebok teringat kenangan lama...
3. Sarapan - Hah! adik-adik ku sayang, sarapan adalah WAJIB.. jangan tak sarapan, bagi yang tak biasa sarapan jangan terlalu banyak makan, just minum susu segelas dah cukup memadai dah tu. siapa yang tak minum susu minum lah air lain. kopi ke, nescafe ke, supaya mata korang tak ngantuk, makan sekeping dua biskut or roti.. *minggu exam, elakkan makan makanan yang berajinamoto, jangan makan maggie, jajan dan sebagainya, benda ni semua main peranan untuk otak kalian..
4. Salam Ibu Bapa - penting-penting!! sebelum ke sekolah, minta maaf dengan parents korang, mintak halal makan minum, "kak katy, pikir nak mati ke apa?" oit bukan nak mati jek dik, tapi kalau boleh always kita kena buat macam ni, kita mati bukan kita tau pun, tu semua ketentuan tuhan... mintak parent korang doakan korang tenang dalam dewan exam.
5. Jangan Baca Buku Last minute - ni pun penting tau, lagi berapa minit nak masuk dewan exam, time tulah gelojoh nak baca buku, jangan-jangan!! jangan amalkan, korang akan menganggu kawan-kawan yang lain tau.. elok-elok kawan-kawan korang dah ready nak jawab exam, tiba-tiba dia nampak korang baca bab lain, dah diorang rasa ketinggalan n than diorang cari buku n nak baca bab yang korang baca tadi.. kan dah jadi kacau bilau...
6. Baca Doa sebelum Masuk Dewan.
7. Langkah kaki Kanan semasa Masuk Dewan.
Benda ni semua katy dah lalui, so tak ada masalah bagi katy, sebelum tu katu terlupa satu perkara, korang jangan lupa bermaaf-maafan dengan kawan-kawan, guru-guru, dan orang sekeliling, jangan lupa minta sekali mereka untuk mendoakan kamu, mudah-mudahan doa mereka di makbulkan Allah... 
Khaty Doakan Semoga Korang Berjaya Jawab SPM tahun ni,
Amin Ya'Allah.. mohon doa korang untuk Doakan khaty jugak ok..
Amin...Amin...Amin... Ya Rabb..


TERIMA ^_^ KASIH

Ketika Merindui Seseorang




Tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, minit ini, saat ini, detik ini, oooo penatnya.. semuanya ini ini la kan, ramai dikalangan manusia yang bercinta, betul tak? ops bukan stakat ramai tapi katy rasa yang hidup di dunia ini semuanya dilamun cinta dan rindu. Tetapi korang tahu ke cinta tu apa? rindu tu apa?  ada sesetengah berpendapat cinta itu timbul tetiba saja dalam perkenalan antara manusia sesama manusia.. rindu pula, kalau dah bercinta mesti ada rindu.. 


     Cinta is anugerah Allah, anugerah yang trindah, sama ada kita mempunyai cinta itu selepas kahwin atau pun sebelum berkahwin, bagi sesiapa yang sedang bercinta, katy nasihatkan bercintalah ke jalan Allah, mudah-mudahan cinta kalian sampai ke syurga.
      Tips untuk bercinta, bagi yang confius dalam memilih pasangan, buatlah solat hajat dan solat istikharah, mudah-mudahan Allah memaqbulkan doa kamu, dan jangan lupa untuk membaca al-Quran. Insya'Alah, Allah mempermudahkan urusan kamu. Bagi pasangan yang rindu ketika bercinta, ramai yang melakukan seperti situsi berikut:
Situasi 1 :
> Rindukan kekasih   -   baca text dia yang lama-lama   -   tengok gambar dia   -   teringan kenangan dengan dia   -   masuk bilik   -   baring   -   akhirnya mengalirkan air mata.
Situasi 2 :
> Rindukan kekasih   -   baca al-Quran   -   teringat dosa-dosa lama   -   solat taubat dan hajat   -   berdoa dan sujud akhir lama-lama   -   akhirnya mengalirkan air mata.
yang manakah korang nak pilih, mesti korang nak pilih yang keduakan, ok kalau nak pilih yang kedua kena lakukan, jangan pakai pilih tapi tak buat. cuba lah okeyh, katy pun tengah mencuba ni..


TERIMA ^_^ KASIH

Tafsir Mimpi Berbogel


Kepada semua pembaca blog ceritakhaty, katy nak ucapkan jutaan terima kasih, hari ini katy ada terbaca satu cerita, cerita ini katy dapat dari rakan group facebook katy iaitu facebook Al-Azhar  members Alam.. pertama sekali katy nak tegur kepada sesiapa yang baca tajuk entry katy kali ini, tajuk agak menggelikan tapi kamu kena baca dulu baru tau.. 
     siapa kenal Sheikh Ahmad Sudais ? ok bagi siapa yang tidak kenal beliau, beliau ialah imam besar masjid Mekah. Pada suatu hari beliau dijemput ke salah satu stesyen radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal-hal agama. Terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para   pendengar radio untuk menelifon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.
                 
      ketika tengah rancak berkumandang diudara, pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio.
Pendengar : Assalamualaikum, izinkan ana bertanya soalan?
Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.
Pendengar : ana ingin bertanyakan mengenai tafsiran mimpi.
Sheikh Sudais : maaf ana kurang arif  mengenai ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin ana boleh membantu dengan beberapa hadith sahih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith-hadith lain, atau juga ana bertanyakan kepada kenalan ana yang lebih memahami.
Pendengar : ana bermimpikan  seseorang yang   dalam keadaan  bogel   mengelilingi (tawaf) kaabah tanpa perasaan malu, apakah maksudnya Sheikh?
Sheikh Sudais : Masyaallah................ masyaallah........, yang ini ana tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosa-dosanya oleh Allah, umpama bayi yang baru lahir.
Pendengar : bolehkah ana memeberitahu khabar gembira ini pada beliau?
Sheikh Sudais : sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.
Pendengar : lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri.
Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan Sheikh. Subhanaallah..!


TERIMA ^_^ KASIH

si jim alif kon dapat tab!





Hye hari ni katy nk share sikit la betapa seronoknye dpt gadget baru,,
hehe,sape x seronok kn.?
lepas ni boleh la katy slalu update blog n bertambah semangat la nak but present,
thanks to ayah coz give me tblet,
hehehe,,
katy ni da lame x update blog, tnggu dpt tab bru update ke?
a'ah......................hehehehe xda la, 
sory k, bfore ni katy sebok ngn final exam,
mcm2 buku katy kena baca,
insyaAllah berkat doa parents n kwn2 smoga katy dpt result yg 
cmerlang for this sem,
mohon doa korang (si pembaca) juga ok,,
ok la chau dulu!
wassalam!!


TERIMA ^_^ KASIH

Cara menggunakan makeup MAC



hye sayangku semua, tadi katy ada belajar cara nak menggunakan makeup MAC, seronok juga lah belajar make up muka ni kan,, actually katy jarang makeup dan tak pandai makeup langsung, sikit-sikit tu boleh la, just nak cover muka katy supaya tak nampak berminyak, muka katy ni jenis yang cepat berminyak, lagi-lagi bila tengah active, pergi kerja kawin ke kan, jumpa member cium pipi kanan, cium pipi kiri, rasa malu plak muka kita bertempak pada muka orang kawan, korang nak tau tak, katy sebenarnya sedang mencari-cari jenis makeup macam mana yang sesuai dengan kulit muka katy, ternyata MAC la jawapannya, tadi kawan kakak katy ade bagi katy try product dia..


1 korang kena pakai benda alah Prep+Prime ni..
tapi function dia untuk menahan makuep korang dari pada cair or korang berpeluh ke kan,,


2 korang pakai lah foundation ni, 
supaya benda-benda yang korang tak suka tu dapat cover muka korang 
agar kelihatan bersih..


3 korang pakai lah pulak bedak compact ni, 
pilih yang lightrul tau, 
bedak ni best.. serius! hehehehehe

4 lepas tu kalau nak nampak kan muka kau look pink and pretty plus fresh..
korang tambah la dengan blusher and eye shadow.. 
mesti nampak meletup kebabom!! yak auw auw..
macam artis gitu!..


 5 ok ni pula function untuk pipi, selepas korang pakai blusher, 
korang pakai pula benda alah ni, benda ni akan menampakkan muka korang look shining..

6 ok this last sekali, benda ni functionnya untuk menampakkan makeup korang kelihatan segar 
sepanjang hari, 
* benda ni boleh di dapatkan di cosway ok,

ok ni cara kalau korang nak nampak makeup paling simple, sebenarnya banyak lagi cara, tapi katy suka cara ni, nampak mudah dan ringkas dan menjimatkan kos jugak, tak cecah sampai beribu pun harga barang ni,  okey terima kasih n selamat mencuba.. ops! lupa pula kalau rasa diri baik and comel, comment la,


TERIMA ^_^ KASIH

Beraya sakan!

jom sudah menunjukkan pukul 11.52 pm.. huh.. sungguh penat balik dari berayakan, hari ni katy beraya di rumah abang ipar, first pegi umah abg hisyam, abg hisyam buat jamuan start pukul 2 pm, tapi abg ipar katy nak datang awal, sebab ade lagi 3 buah rumah nak pegi kan, takut nanti kitorang balik lewat malam pulak, kat umah abang hisyam ni katy dijamukan dengan nasi ayam, roti jala + kuah kari ayam, fruit tart, punding castard n air sarsi ais, huh! kenyang nye,,, ops! katy mkn xde la bnyak sgt,, just jamah-jamah jek.. abg hisyam ni member audit abg ipar katy,ok ni gambar diorang, 


ha yang pakai baju hitam tu abg hisyam n wife dia kak norisy.
cntik kan wife dia. ok yg baju belang hijau tu abg mizi(ipar) n kak mas(my sis)
with son amirul..
ha.. jangan tanya kenapa gambar katy tak ada, actually katy malas nak pegi tapi sebab kena paksa dengan akak katy, sebab katy kena jadi photographer dia ngan kawan2 dia.
lepas tu katy g rumah ke dua pula, rumah abg nik, ha, kat rumah makan abg ni makan satay n roti jala + kuah durian. hahahahah katy jakun, first time katy makan roti jala dengan kuah durian... sedap tau..


untung la korang, bagi sape yg jakun macm katy, ha katy ade take one photo of roti jala durian, sedap tau rasanya. lebih kurang rasa pengat durian, sory la org johor tak penah buat mknan ni, tapi boleh aje buat.. nanti katy nak try buatkan untuk my love,

ok ni abg nik with abg ipar
dala,, cerita tentang rumah kedua pun dah abis,
 next rumah yang ketiga,  kitorang g umah kwan abg ipar name dia azam, suami kepada Rebecca Nur Islam, alah pelakon crite hantu tu, yg comel2 tu, hehehe, seronok pulak g rumah dia, dapat tengok gelagat artis2 ni,, 


She's pregnant for 8 month,, hehehe congratulation Rebecca..
 tak ketinggalan katy dapat juga bergamar dengan si dia!
 hehehehehhe.. 
ramai lagi artis tapi tengah sibuk makan, so malas la nak ganggu privacy diorang kan..
tak syok la kan,,



TERIMA ^_^ KASIH

Surprise!


hye sayunk ku,, monink! da pukul 2.36 pagi da kan, hehe mate ni dah ngantuk, tapi katy nak abiskan cerita tentang kisah selnjutnya, lepas kejadian pasal gambar tu.. KLIK SINI kalo korang nak tau kisah tu, ok lepas jek kisah tu katy pun bergaduh la ngan boyfriend katy mase tu, sampai ke petang, memang katy cari pasal ngan dia,, hehee saja jek cari pasal, sebab tu hobby katy, hahahah,, dah gaduh punye gaduh, and gaduh lagi, katy pun buat keputusan nak merajuk 3 hari without contact, pastu katy dengan ego yang tinggi, follow ngan keptusan tu, katy x bbm dia, katy x call die, senang kate katy x contact dia langsung, 
       Dalam berapa minit lepas tu katy bmm die skejap cuma nak minta no member tempat keja die, dia tak nak bagi no member2 dia, dia bagi no kedai, pastu katy berkeras nak juga no phone member dia, nasib baik dia bagi, tak silap name tu joey, lepas tu tuduh katy tak percaya kat dia la, dia kate katy da h tak sayang dia la, padahal katy syang dia la katy buat dia macam tu,, hahahahaha, jahat kan..
        Satu hari banyak gila miscall n bbm yg panjang berjela-jela, dia mengalah and pujuk katy, and dia ngaku dia salah, hahahha padahal salah katy, lepas abis kelas petang tu katy pun call la member dia yang nama joey tu lebih kurang kol 6 la katy call member dia tu,
        Actually katy plain nak celebrate birthday party dia, member dia pun agree and joey pun sepakat ngan budak tempat kerja dia, haa...!! tu la plain katy kalo korang nak tau.. katy x penah abaikan dia walau seminit, msti kami akan bbm, tapi hari tu katy rase memang die dah pikir nak tinggalkan katy, sepatutnya malam count down tu katy wish birthday dia kan? tapi katy x buat pun, katy tetap ngan ego katy nk gado ngan dia, supaya dia tak dapat kesan rancangan katy, malam tu kek pun da order, tinggal nak amik jek,
         Keesokkan harinya, lepas kelas katy dapat tau daripada joey yang azizi balik pukul 5.30, katy pun rancang nak ade kat sane pukul 3, and mase waktu azizi break katy amik mase tu untuk bagi joey kek, tapi sayangnye akak katy minta katy tolong dia, tolong punya tolong,  alamak! katy dah lambat, jam dah pukul 4.30 mcm mane ni..! hum katy suruh akak katy anta katy g ambil  kek kat kedai kek Nurin Najwa yg memang terbaik! n than terus pegi ktm, nasib baik la katy smpai jek ktm pukul 4.59 train pun sampai, so xde la mase katy terbuat trlalu bnyk nk tunggu train, dduk jek dlm train, katy terus sms joey suruh tahan azizi supaya lambatkan balik dia, pastu dalm bape minit joey call katy dia bgtau yg dia boleh tahan smpai pukul 6 jek, sampai dekat mid valley tepat pkul 5.45.. nasib baik la sempat, n than katy suruh joey turun dekat jusco, sebb nak bagi kek, pastu joey naik balik ke tomberland, dlm bape minit joey da pasang n panaskan lilin joey  call suruh katy masuk, katy suruh joey keluar dulu, rupenye plain joey nak suruh azizi masuk store, bdk2 yang lain pun bagi alasan suruh azizi masuk store utk btolkan mentol jatuh,, hahahahaha kelakar plak diorng ni, bagi alasan bodoh, pastu benda ni pun berlaku..

sorry coz video ni tanpa rancangan so, agak bergegar la kan,, 
sorry,,

birthday boy,, ha birth si dia ni la,, 
HAPPY BIRTHDAY! SAYUNK!


TERIMA ^_^ KASIH

Pasal gambar tu je kot!

hye sayunk2 .. ade cerita best ni pada hari rabu, kat kolej katy ade buat jamuan raya tu pun dpt tau dari mulut member2, menu specialnye ialah kambing panggang,,, wow! macam best jek la kan walaupun katy x makan kambig, mase hari yg same jugak katy ade kelas account pukul 8 sampai pukul 9.30 pastu pukul 10.30 ada quiz english plak kan sementare tunggu pukul 10.30 katy n class mate lepak la, dekat kwasan rehat dekat kawasan fakulti tu, depan meja kitorang ade office IT.. dari jauh katy nampak ade 2 orang lelaki, sorang pakai songkok, sorang lagi botak, huhuhu.. sries yg botak tu katy pkir staff KUIS, rupenye nak tau sape? surprise! Ustaz Don, katy pun take la gmbr abg Don tu kan, nak take dekat malu so take jauh2, hahaha nampak dari belakang jek la, Ustaz don nak bersiap untuk masak,


lepas dah take gambar ni katy letak la dekat dp bbm, saje nak orang tau yang katy baru lepas jumpa ustaz Don, padahal biase jek, pagi tu katy ngan boyfriend katy berbaik jek macam biase, lepas katy letak dp tu tetybe jek dia dingin ngan katy, katy pun ape lagi tunjuk belang jugak, benda ni biase jek die plak cemburu tak tentu pasal, macm la ustaz don tu suke kat katy.. KLIK SINI kalo korang nak tau cerita selanjutnya.. 




TERIMA ^_^ KASIH

Melilea


hari ni katy nak share ngan korang, 
product diet.. melilea ni die x suruh korang x mkn pun, 
jgn over diet sgt smpai x mkn,
melilea ni just xnk bg korang trlalu kuat mkn sgt,
melilea ni sejenis susu soya yg da brcmpur dgn han organic.
if korang da mnum 300ml korang akn rase kenyang sgt2..
n korang xyah la nk susah cari nasi mknan lain
ckup hanye 1 skop melilea organic

ok ini lah product yg katy maksudkan tu..
soya organic, bile jadi air, bau die sgt mnyelerakan,
baunya wangi mcm gule2..
rasenye pun sedap..

ok this is apple orchard, 
bila jadi air, ianya berbau apple yang menyegarkan.
sedpa di minum, rasa masam manis,
function dia adalah membuang toksik dalam badan,
dan dapat memecahkan lemak dalam badan.

kedua-dua product ni sangat berkesan 
bagi sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan,
katy paling suka minum apple orchard rasenya sedap dan masam-masam.
rasa sangat fresh.. tapi pada sesiapa yang betul2 nak diet,
kenalah minum kedua-duanya,,
 
END!


TERIMA ^_^ KASIH

ermm kenyang!



erg....... ummm kenyang nye,,
ops malu plak sendawe pnjg hehe,,
ha, korang mesti nak tau kan katy mkn ape mlm ni,
ha, jgn pikir yang bukan2.. no no no...
mlm ni tetibe rase nk mkn oblong.. bukan oblong beli ok,
oblong buat sendiri, 


tuari my sis with her husband pergi klinik mmber die,
so kat sebelah klinik tu ade jual brang2 untuk buat burger,,
so ape lagi kami hantu oblong n than try buat sndri,,
before ni ktorang tau mkn beli jek,
hehehe kali ni chef katy (ops! prasan plak) yg msak..
hehehehehe..

END..


TERIMA ^_^ KASIH

Jrobik 26 hour non-stop

Asslamualaikum.. 
ha.. korang nak tau x?? now katy dlm proses nk kecikkan badan haha..
19, 20 mei ni katy ade join Jrobikton @
 plaza angsana johor bharu sempena hari jutaan belia johor..
Jrobikton tu berlangsung selama 26 jam.. non-stop huhuhu..
giler kan.. sape bdn gemuk pun boleh kurus.. 
mesti ade yg tertanye2 ape tu Jrobik..
sape warganegeri johor tau la.. 
sape yg bukan, Jrobikton is Johor Robik Marathon..
syok sangat!!
stepnye same jek..
dlm Jrobik tu ade mcm2 prgerakan,
prgerakkan pertama sembah takzim..
ada silat untuk melayu, 
silambam tuk india,
aekido tuk jepun,
taici tuk cina,
semua step ni di gambungkan 
dan dinamakan Jrobik..
don't worry.. sape yg join pasti terhibur..
sorry la xde gambar la..
katy nak amik gmbr tuari tp memory camera trtinggal kat umah. 
cameranya bawa..
aduhai so careless..
next program katy take photo n bg u all tengok..


TERIMA ^_^ KASIH

Suasana di Pagi Raya

ASSALAMUALAIKUM...

hai,, pagi semua, khaty xtau la pg2 ni mate x leh nk tydo plak..
tetybe jek hati rase nk update blog sebab da lame x update..
ok.. today khaty nk update picture2 sempena hari raya di kampung khaty saje..
da xtau nk wat pe kan.. so korang tengok la ni,,





ok, ni waktu Marhaban, dekat tempat khaty marhaban @ kate lainnye org pnggil Bara'an ini selalunye di buat pada pagi raya, selepas solat sunat raya, akan adakan bermaaf2an lepas tu baru pegi marhaban.

ni plak waktu baca doa,
perhatian! yang ensem tu ayh khaty..
 korang nampak x tadi budak2 ni xde, diorang ni waktu makan jek baru diorang masuk, waktu marhaban diorang duk luar, sengal btol bdak bujang blik khaty ni.. humm hampeh xlea pakai..
selepas majlis Marahaban n makan2, wakil tuan rumah akan
menyampaikan sedikit ucapan Hari Raya, dan terima kasih kepada para hadirin..
 sebelum hadirin ke tempat yang seterusnya, diorang akan bermaaf2an dengan tuan rumah sekeluarga, mase tu syok! ktorang ske knekan si pmnta maaf, 





selesai sudah, detik ni la, budak2 kecik plak yg nak salam, mase ni la yg diorang tunggu, termasuk khaty, TAPI! mase kecik2 dulu la, skrg ni nk dpt rm1 pun susah, mlah khaty yg kne bagi ade lah..





sikit kan, hehehehehe tapi tu jek la yang khaty dpt kongsi kan,,
ade topik lain nanti khaty share lagi k.
wassalam..!


TERIMA ^_^ KASIH

Result Exam da kuar


Assalamualaikum..
gementar and pelbagai rasa hati yang keluar..
nak tau apa yang membuat aku gementar iaitu 
result final exam  
Diploma Islamic Banking semester 1
huhuhu..
~Alhamdulillah~
aku bersyukur sangat kerana semuanya pass!!
hehehehehe 
ni yang aku tunggu and nanti2 kan..
ingin ku ucapkan jutaan terima kasih 
kepada para pensyarah yang banyak menabur jasa..
and tak lupa juga Happy Teachers Day 
thanks to teach me lecturer 
to : 
Pn. Rohaini Bte Amin (Pensyarah Pengajian Malaysia)

Ustadzah Noor Saadah (Pensyarah Akidah Akhlak)

Ustadz Muhammad Zaki (Lecturer Arabic language)

Pn. Mahanom (Lecturer Preparatory English)

Pn. Suriana (Lecturer Financial Accounting)


TERIMA ^_^ KASIH

Tanggal 25 mei 2012




hye.. korang, ape khabar sume..
apa? sihat.. alhamdulillah, semoga Allah memberkati hdup kalian,,
ni khaty nk crite skit..
pd tanggal 25.mei.2012..
baru2 ini lah kan.. hehehe ari jadi khaty, 
tapi x celebrate pun,, 
hum sedih sgt,, sbb fmily sebok ngan tugas msing2..
tp khaty rase truje skit sbb my hubby nk bawa jln n nk clebrate birthday,
die sorang jek la yg khaty mngadu isi hati khaty,,
bile dgr die nk clebrate ... hehehehe..
tu yg mkin brtmbah syg khaty kat die..
hehehe x sabar nk tnggu 15.jun.2012..
bg plan skit nk clebrate kat mne..
khaty xtau nk buat kat mane..
bgtau ckit tmpt yg best2..


TERIMA ^_^ KASIH

x pikir pape, rupenye ssuatu yg mengejutkan.

Assalamualaikum!!
mok cu nk msuk ni,, buka la pintu,,
mok cu ade cerite nak cerite dkat ank2 buah mokcu ni ha.,
tp sbelum tu tlong buatkan milo ais dlu ye,,
ok, meh sini dduk, mok cu nk cerite skit ni..
ade la ari tu kan, mok cu sakit perut,
tapi, mase tu, memang tarikh kdatangan haid mok cu,
so, mok cu wat xtau jek la kan, 
rase die same dgn sengugut,,sakit yg teramat sakit,
so mokcu pun pegi la klinik ngan pok cu,
Pusat Rawatan Az-Zahra Bangi, kate Dr. Ahmad Syukri 
d'kwasan yg mok cu sakit tu adalah kwsan apendix,
so, Dr bg choice sama ada mokcu nk buat full check or bg ubt tahn sakit je,
pok cu pulak suggest kan mokcu utk buat full check.
mokcu pun buat la, nak buat cam mne da org tersyg sruh buat.
HeHeHe.. ^_^  ok, after cek darah n air kenicing,,
result pun keluar, Dr. kate 50/50 sama ada ovari or apendix,,
so Dr. suggest kan, die nak buat surat tuk buat pemeriksaan slanjutnye
di Hospital Serdang.. tapi mok su menolak,,
mok cu kate mok cu nak ubat jek, mok cu xnak kne tahan wad,,
huiiii,,, sumpah xnk,, sakit tau kena cucuk jarum untuk nak masuk air dlm bdn,,
lepas tu mok cu still rase sakit yg same dlm beberapa hari lepas tu,
biasenye kalo mokcu nk priod, sakit tu dtg pada hati prtama priod, 
tp kali ni memang btol2 luar biase, sakit tu dtg sebelum priod n x priod..
so mok cu pun pegi la ke Pusat Rawatan Az-Zahra tu semula, 
than, mok cu mntak Dr. buatkam surat utk ke Hospital..
da buat surat pun mok cu still xnk pegi jugak, 
smpai mlm tu mok cu da x tahn sakit, 
kwn2 mok cu tlefon pngangkutan Kolej suh anta mok cu ke hospital,
pok cu pun dari pada selayang trus g hospital, sebb rsaukan mokcu,
smpai hospital, mok cu kena tahan wad sementara utk pemeriksaan pakar,
lepas pakar da perikse, pakar yg priksa mok cu tu suh mok cu d'hantar ke wad,
akhirnye, ape yg mokcu xnk terkena jugak, iaitu xnk kena jarum..
TAKUT!!!!!!!!
utk pemeriksaan pakar lain pulak, pakar lain pulak tunggu pakar lainnye lagi utk priksa mok cu lagi,
pakar lainye tunggu bnyk2 pakar dtg utk prikse mok cu lagi..
ntah la, mok cu pun da pening, bape bnyak pkar ntah yg nk prikse mokcu,,
akhir result dari pakar2 pun telah trjawab yg moksu positif apendix
selang bape hari tnggu kat dlm wad mokcu,
mok cu tlah bersedia utk ke wad perbedahan,
saat yg mngemntarkan, tapi nsib bek Dr paka bedah tu pndai buat lawak,
mase tu muke mok cu pucat, sbb takut n mcm2 surah lazim yg mok cu bace,
ade Dr . tu boleh tyanye mokcu takot ke?? nk aje mok cu pia tlinge die,
tp dsebabkan die encems, x jd la kan,, HeHeHe 
sempat lagi kan, kalo tau pok cu mesti xmkn nasi 3 bulan,, 
tu jek la kisahnya....




TERIMA ^_^ KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com