Pulau Tioman Best!



haa.. jam dah mununjukkan pukul 4.33 am.. mata katy xleh tutuplah,, dah xleh tutup, xtau nak wat pe... so amik mood tuk mebel kat sini. lupa  nak update yang baru-baru ni katy g jalan-jalan.. hehehe cube teka katy g mane??? kalo dapat katy bagi cup cake! org lain nk bayar tau, ni katy bagi free jek.. tapi kalo dpt jwb lah kan.. hummmm..............................................................................penat nye tunggu jwpan korang.. katy g tioman island!! huhu kat sane seronok sgt2.. dah sampai sana rasa macam xnak balik.. huhu.. tapi katy pergi ada tujuan.. for my assignment it.. kena buat video konon-konon jadi host .. (* bukan host yang bunyi dia ala-ala gini kedekutkedekukedekut try lah bunyikan guna suara dlm ea, dan mcm guru vokal plak)... but mcm host dlm TV tu utk mmperkenalkan tempat perlancongan.. ha... katy ade lah take pincture sikit.. jom zoom ke bawah kite tgk apa ade.. lets dive.. haha (*giler aku mlm ni)

ha mase ni katy kat jeti kampung paya ada ciri-ciri host tak..??
jwpannya xde. haha xyah jwb i know my self

ni on the way to sea park.. 

peace youw!!

dapat mandi terus tanggal tudung...
masa mandi dekat sini katy rasa diri ni ibarat ikan sebab sekeliling katy ni ada banyak sangat ikan2 yang warna-warni tu.. mula-mula rasa geli than dah terbiasa.. masa ni juga ada mamat skuba tu bagi pinjam google, so katy pakai n tengok dekat dasar laut.. Ya'Allah sangat indah kuasa tuhan ni...
yang best tu tak sangka dpat tgk live dasar laut, biasa tgk dlm TV kan..

best youw!

sepanjang berada di pulau tioman semuanya free sebab yang pakai baju merun dalam gambar atas ni dia group assignment ngan saya, dan dia juga merupakan orang tioman. so kami tak berbayar lah..
apa-apa thanks so much to Fatin Zamzuri's Family.. layanan diorang sangat2 terbaik.. 


TERIMA ^_^ KASIH

Salam Aidilfitri 2013


hye darling2... wah lame sungguh ke x berblogkan... hari ni khaty nk share raya tahun ni ngan classmate mase kanak2 dulu.. dah dua tahu x jumpa mereka semua kali ni cinta bersemi kembali, macam2 ragam kanak2 riang ni berceloteh, tapi katy dapat tunjukkan video gmbar jek, tentang celotehan diorg katy xdpt gambarkan betapa lucunya saat2 itu.. hehehehe.. apa yang penting kerjasama! (wonder pet) xde lah... ape yang penting kami setia kawan selamanya.. we friends forever and ever.. ok lah katy xleh nak panjangkan cerita sebab ceritanya memang pendek sahaja, kejap lagi nak masuk kelas account ni,, katy sudahi dengan video dibawah ni dan tasbih kifarah dan surah asr..(mcm waktu abis kelas).... enjoy your watching..!
 


TERIMA ^_^ KASIH

Kisah Mee goreng dengan Cokelat


Hye you alls, hari ni katy ada story nak share, pagi tadi bofie broadcast tntg crite nilah kn, sebab die thu katy mang hantu coklat,
Mee goreng

Cokelat
Wah! Sedapnya tengok mee goreng dengan cokelat ni kan, terkeliuh plak bulan2 pose ni, humm... baiklah katy nak start cerita ni, hehe mcm apa plak, 
Ada seorang wanita meninggal dunia mendadak dengan 'kelima panca Indera' @ 'kuasa tubuh' keluar nanah. Setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh, melainkan kerana ketidaktahuan tentang 'Racun akibat Makanan' .
- wanita ini selalu makan coklat tiap hari, perkara ini tidak ada masalah.
Masalanya, malam itu wanita tersebut makan mee goreng terlalu banyak.
Sebenarnya cuma mkn mee goreng saja tidak sda masalah, kerana kawan serumahnya juga mkn mee goreng dan tak ada yang meninggal, tetapi kersna mee tersebut mengandungi 'Arsenic Pentoxide' (As205) dan setelah habis mkan mee, wanita tersebut makan coklat. 
Justeru, terjadilah 'reaksi kimia' di dalam perut yang membuatkan 'Arseni Pentoxide (As205) berubah menjadi 'Arsenic trioxide' (As203) yang sangat beracun.
Ia boleh mengakibatkan :
- Hati
- Jantung
- Ginjal
- Saluran darah rosak
- Usus berdarah
- Salyran darah melebar
Sehingga wanita itu meninggal dengan sangat mengganas dengan kelima kuasa tubuh keluar darah pada saat itu.
So, pembaca2 katy sekalian, katy harap korang berhati-hatilah lepas ni k..
Bukan setakat mee gorang jee tau, tapi me soto, mee kering, dan lain2 lepas makan me jangan la makan cokelat, relax dulu 3 - 4 jam barulah boleh makan cokelat, kalo boleh sampai kite dah buang air besar selepas makan mee tersebut. 
Ok tu saje yang katy nak share, renung2kan dan selamat beramal..


TERIMA ^_^ KASIH

wish Ramadhan


Holo helo, morning all.. hari ni first 1 Ramadhan bersamaan 10 julai utk tahun 2013, katy rasa excited sangat sebab dapat sambut bulan yang mulia ni,, insyaAllah katy dapat sambut bulan ni dengan sempurna with yang tersayang, hopely dalam bulan yang mulia ini tak ada berlaku perkara2 yang tak elok .. amin, 
   Dan Ramadhan ini juga adalah Ramadhan yang pertama katy tak dapat sambut dengan ayah tercinta, hopely ayah selesa dan bahagia di alam sana... amin... tak ada apa lagi nak share just nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan untuk umat Islam di luar sana... wasalam...


TERIMA ^_^ KASIH

Orintasi Baru ^_^ (instedt)


Helo holo... huh dah lama kan? Katy tak menulis entry ini pun cerita lama yang katy nak sharekan, cerita ni pun baru berlalu sebulan, 11 mei 2013, katy start from the beginning at institut sains dan teknologi darul takzim ( instedt ), in same course with selangor islamic university college is diploma islamic banking, oh no! Katy junior...hahaha xpelah junior pun junior lah, yang penting bahagia...
      Ok dah banyak melalut ni,, ceritakhaty about orentasi ni, first skali katy kena register macam biaselah kan, pastu pastu dapat bilik masing2 oh bilik so sempit, xnk, bukan gedik kenyataan nya katy x selesa, mana ade org selesa dengan bilik yang lorong diantara katil tu boleh muat seorang jek yang lalu.....malam tidur dengan lena, 
      Pagi2 lagi telah dikejutkan untuk solat subuh, honestly katy susah nak bangun pagi disebabkan xleh nak bangun lah kan,, dah bersiap terus ke masjid untuk solat subuh berjemaah, selesai subuh, katy n the geng diarahkan beratur didatarn bawah masjid untuk mmulakan aktiviti senaman, nyanyian, dendaan, kemeranaan,, hahaha dan sebagainya,
     Katy lupa lah hari kedua or ketiga katy pergi solat isyak berjemaah dimasjid, seleps solat katy and the geng turun balik ke asrama,bawah masjid tu ada roundboard tau, tiba2 perut katy rasa senak yang terlampau kemudian krem, kat situ juga katy terjatuh xleh bangun,, kelam kabut fesi.. ksian diorang, sebab katy diorg disusahkan, apa2 pun katy nak ucapkan TQSM for abg2 n akak fesi semua bcoz bagi kerjasama yg baik,
     Selepas habis orentasi katy and the geng kena menghadapi satu lagi minggu pemantapan, minggu ni kami kena kenal semua bilik kuliah, libry, toilet, and yang sama waktu dengannya, last day minggu pemantapan katy and the geng dibahagikan group untuk talent time,group katy kena buat nyanyian, so kitorang pilih lagu yang bersemangat lah kan, lagu apa lagi kalo bukan lagu Gemuruh-Faizal tahir.. tu jelah ceritanya,, 


TERIMA ^_^ KASIH

Kusui kusut!



huh.. kebosanan telah melanda ke diriku, 
tengah tunggu guruh berdentum memang aku mengamuklah kejap lagi..
 ini semua disebabkan charger laptop yang tah pape jek.. 
aku beli charger ni kononnye baguslah,,
 sebab boleh masuk ke semua lappy, 
charger ni ada banyak cable..
 arghh serabut, dengan duet yang tengah kosong di pocket,
 perse, box kete..
 semua aku dah sapu habis untuk buat makan, now charger buat hal plak..
arghhhhhh geram....
cuti sem dah mula..
aku ingat nak mulakan hobi baru aku before married ni,,
tp tergendala disebabkan charger aku yang s**** ni...

first day
....no mood....

second day
....no mood....
 
third day
....no mood....

next..
next.. day...

Alhamdulillah..
ada juga orang yang ingin tolong diriku yang lemah ni..
*haha jiwang nak m*****
adik sayang ibu,, sebab ibu yang tolong belikan charger baru..
kini lappy ku sudah berfungsi..
Alhamdulillah..
thanks so much to Madame Jariah Bt Sulaiman..



TERIMA ^_^ KASIH

For Healthly


Tadi pagi katy ada tonton rancangan primadona @ astro ria, 
Ending rancangan tu, primadona ada bawa tetamu khas diorang yang bernama kevin zahri, 
Mula-mula katy fikir kavin ni non muslim, setelah dia bagi salam dekat 4 wanita depan dia tu, baru katy tau yang dia tu muslim,
Ok, tak kisah lah dia muslim or non muslim, 
apa yang penting kita nak tau apa motif Kevin datang ke primadona tu kan..
Kevin datang kesana sebab ingin share tentang cara penjagaan kesihatan yang sesuai untuk kita tak kira muda, tua, remaja atau wargamas sekali pun, 
kesemuanya memerlukan kesihatan dalam kehidupan seharian,
Bagi korang yang gemuk or rasa tak sedap badan disebab kan badan berat, susah nak berjalan, malas dan sebagainya, 
Katy rasa better korang belajar lah dari laman web si Kevin ni, www.kevinzahri.com ha kat sini lah yang katy dapat belajar pelbagai tips untuk menjaga badan kita. Kevin Zahri ni memang best, banyak info menarik dan sangat sesuai untu kita, 
Lepas ni katy nak jadikan dia sebagai coach alam maya katy, hehehe nak jumpa dah la susah.. so alam maya jek la..
Tadi katy ada terdengar tau, kevin bagitahu dekat primadona, kalau kita nak bakar lemak, kita perlu membuang 7700kcal untuk 1kg. 
Huh nampak susah, tapi kita cuba dulu, manalah tahu lepas ni hari-hari kita boleh buat, yang penting kan kawan-kawan kita mesti berdisiplin, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.. betul kan? Ok lah selamat mencuba..


TERIMA ^_^ KASIH

Keredhaan Ku


Salam ukhwah.. dah lama sangat katy x update blog, apa lah guna ada blog tapi tak reti nak update kan? 
Hari ni katy nak cerita sikit.. benda ni nak kata lama tak ada lah lama mana pun, tapi katy nak ceritakan benda ni kena makan masa sikit, selepas betul-betul hilang sebak di dada barulah katy nak bercerita. Walaupun katy tengah cerita sekarang, sebab didada ni masih ada lagi..
Suatu pagi tanggal 2 march 2013, yang katy rasa baru sesaat pergi,
Katy dikejutkan oleh anak buah katy lebih kurang jam 6.30a.m, diorang masuk kedalam bilik katy yang sewaktu itu katy tengah nyenyak tidur,
Kedengaran suara "kakak kejutkan lah moksu, kita x sampi hatilah" kata Efa yang merupakan sepupu kepada Aisyah, kedua-dua ini adalah anak sedara katy, 
Katy tersadar sikit tapi mata ini susah nak buka, 
Tiba-tiba ada tepukan di badan katy yang bertalu-talu, "moksu, moksu, bangunlah.." kejut Aisyah.. "ada apa...." sambut katy dengan suara yang sangat malas, siapa yang suka kalau digangu tidur kan? 
"ATUK dan meninggal.." kata Aisyah.
"Innalillah wainnailahirajiun" masa tu katy rasa macam dah bernyawa sekejap, hanya Allah je yang tahu perassan katy masa tu.
padahal malam tu katy baru lepas call ibu, ibu mengatakan yang ayah sihat dan dalamkeadaan baik, hari sebelum itu juga hati katy memang nak balik kampung, tapi ibu tak bagi, sebab waktu itu tengah kesempitan wang, kalau katy balik memang ada duit, tapi kalau nak balik ke kolej balik takut tak cukup duit, dengan keadaan ayah yang sakit lagi, so katy berdoa sajalah agar ayah cepat sembuh. Selepas dapat berita itu, dengan keadaan yang tersedu sedan katy terus salin baju, dapatkan beg, dan capai barang yang penting dan terus gerak balik johor bersama akak katy yang tinggal tidak jauh dari KUIS.. abang ipar katy tekan minyak selaju yang boleh untuk cepat sampai kerumah, lebih kurang pukul 11 kami sampai ke tanah perkuburan, hati katy sangat sebak sebab tidak dapat cium jenazah ayah, Alhamdulillah katy hanya dapat tengok wajah ayah yang kelihatan sedang tidur hati katy terus menjadi tenang. Yang paling sedih ialah pada abang katy yang kerja di tengah laut di terengganu kerana dia sampai petang dan tak dapat melihat wajah ayah yang terakhir. Apa-apa pun katy redha dengan pemergian ayah untuk mengadap Ilahi, semoga roh ayah dicucuri rahmat amin....


TERIMA ^_^ KASIH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ceritakhaty.blogspot.com